Sokongan Termoden untuk Sistem Imun Badan


SEBAGAI SEORANG PELAJAR, KITA TAHU BETAPA PENTINGNYA MEMPUNYAI SEORANG GURU YANG BAIK. SEBAGAI ATLET, KITA TAHU BETAPA PENTINGNYA MEMPUNYAI SEORANG JURULATIH YANG BAIK.

Transfer Factor (faktor pemindahan) bagi sistem imun adalah ibarat guru kepada pelajar dan jurulatih kepada ahli atlet. Ia mengajar dan melatih sel-sel imun untuk berfungsi dengan baik.

Faktor pemindahan dibuat oleh sistem imun untuk sistem imun. Faktor pemindahan adalah molekul pengutus yang memindahkan maklumat imun daripada satu sumber kepada sumber yang lain.

Faktor pemindahan adalah molekul protein yang membekalkan sokongan penting kepada sel-sel imun.

Apa Yang Sistem Imun Lakukan?

Fungsi sistem imun adalah pertamanya untuk mengenalpasti pencoroboh (bakteria, virus, dan sebagainya), kedua, melakukan serangan berkesan ke atas pencoroboh dan ketiga, mengingati penceroboh-penceroboh tersebut bagi melancarkan tindakbalas yang lebih baik semasa pencerobohan akan datang.

Bagaimana Faktor Pemindahan Membantu Sel Imun?

Faktor pemindahan, sebagai sebahagian daripada sistem imun, membantu ia agar berfungsi dengan lebih baik. Molekul faktor pemindahan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh sistem imun untuk mengenalpasti pencoroboh dan melancarkan serangan yang bersesuaian (termasuk mempercepatkan tindakbalas imun) terhadap penceroboh tersebut. Ia juga memanggil balik sel imun selepas ancaman telah selesai.

Secara ringkasnya, faktor pemindahan membantu menyokong fungsi imun dengan menyekat sistem imun yang terlalu aktif bagi gangguan autoimun serta merangsang fungsi imun yang normal. Justeru, faktor pemindahan adalah sangat penting untuk fungsi imunologi yang normal.

Penemuan Faktor Pemindahan

Pada tahun 1949, sewaktu melakukan penyelidikan tentang tuberkulosis (batuk kering) ke atas manusia, Dr. Sherwood Lawrence mendapati yang beliau boleh "memindahkan" satu tindak balas imun yang positif daripada penderma yang telah sembuh kepada penerima yang naif, seseorang yang tidak pernah menghidap tuberkulosis.

Pada waktu itu, Lawrence mengunakan sel darah putih sebagai sumber faktor pemindahan daripada penderma manusia kepada para pesakitnya. Semenjak penemuan baru Lawrence tersebut, banyak kajian saintifk telah meneroka keberkesanan faktor pemindahan di dalam membantu badan mengatasi sakit dan penyakit.

Sedikit Fakta Tentang Faktor Pemindahan

Apabila faktor pemindahan pertama kali ditemui, pendermanya adalah manusia dan faktor pemindahan diterima menerusi suntikan. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1980an, sains perubatan mendapati faktor pemindahan dari sumber haiwan juga sesuai dan berkesan sepertimana dari sumber manusia. Molekul faktor pemindahan sangat kecil dan tidak spesifik kepada sesuatu spesis. Ini bermaksud, ia boleh dikongsi di antara mamalia dan manusia tetapi masih mengekalkan keberkesanannya.

Dengan teknologi yang lebih baik, penemuan penting diperolehi apabila sains membolehkan faktor pemindahan yang diperolehi daripada penderma diasingkan, ditulenkan dan dikapsulkan untuk pengambilan secara oral. Pelbagai kajian yang dijalankan menyokong keberkesanan pengambilan faktor pemindahan secara oral. Kini suplemen faktor pemindahan untuk pengambilan secara oral telah boleh didapati.

Faktor Pemindahan dan Anda

Hari ini mungkin pertama kali anda mendengar atau membaca tentang faktor pemindahan. Tetapi hakikatnya, faktor pemindahan telah berada bersama kita semenjak kita dilahirkan lagi. Sebagai sebahagian daripada sistem imun, faktor pemindahan bertanggungjawab mendidik sel-sel imun kita untuk menjadi lebih bersedia menghadapi penceroboh. Jumlah faktor pemindahan adalah berbeza beza antara seseorang. Walau bagaimanapun, dengan lebih banyak faktor pemindahan, maka lebih berkesanlah sistem imun seseorang. Suplemen faktor pemindahan yang diambil secara oral dapat membekal sokongan tambahan kepada sistem imun anda.

Mengapa Anda Perlu Menjaga Sistem Imun?

Jika hari ini kita berasa sihat, ia adalah disebabkan sistem imun kita berfungsi secara optimum. Sistem imun kita bekerja dengan kuat supaya kita dapat bekerja dengan keras dan bermain dengan kuat. Akan tetapi, tidak ramai daripada kita menyedari berapa banyak serangan yang ditangkis oleh sistem imun kita setiap hari. Daripada bakteria hinggalah kepada virus dan kanser, sistem imun bekerja 24/7.

Terdapat beberapa faktor yang boleh melemahkan sistem imun kita tanpa kita sedari. Kebanyakannya berpunca dari sikap kita yang tidak mengendahkan tubuh kita sendiri:- seperti tidak mendapat tidur yang mencukupi, diet dan pemakanan yang tidak baik, gaya hidup yang dibelenggu stres dan bahaya persekiataran seperti pencemaran udara, radiasi dan sebagainya.

Kegagalan pada pertahanan sistem imun boleh membawa padah kerana ia boleh menyebabkan kita mati akibat penyakit. Oleh itu, sistem imun yang kuat dan berkesan sepanjang masa adalah sangat penting kepada kesihatan dan keafiatan kita.

Sistem imun yang kuat dan berkesan menjadi lebih penting pada masa kini kerana kita berdepan dengan peningkatan penyakit seperti kardivaskular, pernafasan, endokrin dan gangguan onkologi.

"Faktor pemindahan telah digunakan bertahun-tahun dengan jayanya dalam merawat dan menghalang baketria, virus, jangkitan kulat, tumor malignan, keadaan autoimun, alergik dan gangguan endokrin, kekurangan imun primer dan sekunder dan di dalam penyakit-penyakit yang disertai dengan gangguan fungsi imun."

(Transfer Factors Use in Immunorehabilitation After Infectitous - Inflammatory and Somatic Diseases, Kementerian Kesihatan dan Pembangunan Sosial Persekutuan Russia, Moscow: 2004).

Setiap orang memerlukan strategi proaktif untuk mendapat dan mengekalkan kesihatan yang baik.

INGATLAH:
Seorang pelajar tidak boleh berjaya tanpa gurunya. Seorang atlet tidak boleh berjaya tanpa jurulatihnya.

SUMBER: "Tahap Pencapaian Sokongan kepada Sistem Imun", oleh: Dr. Tan M Lyn. BERITA HARIAN - 30 Oktober 2008.


Maklumat Tambahan Transfer Factor

Dapatkan maklumat tambahan mengenai sistem imun di blog berikut:
Sistem Imun dan Kesihatan Diri

Di Mana Boleh Dapatkan Transfer Factor?

Transfer Factor dalam bentuk suplemen boleh didapati melalui lamab web berikut:
Kedai Online Transfer Factor